Ika Dhirah Azmi's

I would like to say welcome friends and don't forget to drop some comments in the box =)

Tuesday, April 13, 2010

Pembunuh!!!

Anak-anak ibarat bunga pemberian illahi pada dunia. Bermula dari benih yang kecil, dengan penjagaan yang sempurna, baja yang mencukupi ia mungkin boleh membesar menjadi bunga yang paling cantik di dunia. Tapi bagaimana jika bunga yang diberi dipijak atau dibuang begitu sahaja,belum sempat memberi harum mekar pada dunia ia telah terkulai layu dan lupus dari alam ciptaan darinya.. begitulah juga dengan apa yang terjadi pada hari ini, bayi-bayi yang baru dilahirkan dibuang,dicampak atau ditinggalkan dengan kejam begitu sahaja oleh mereka-mereka yang tidak bertanggunjawab. Pelbagai alasan diberikan tentang kejadian ini, walau apa sekalipun perkara ini tidak harus terjadi dan hukuman lebih berat harus diberikan.



Hukuman bagi kesalahan membuang bayi adalah hanya penjara selama 20 tahun. Adakah ini setimpal dengan perbuatan jijik dan keji mereka yang tidak berakal itu? Bodohnya manusia, pandai membuat anak tetapi tidak pandai menjaganya malah dibuang pula. Apakah darjat seorang bayi? Sedangkan haiwan lagi menyayangi dan mengasihi anaknya, inikan pula seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran.


Riwayat Abu Hurairah

“Bahawasanya Rasulallah s.a.w mencium Husin Bin Ali r.a (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: ‘Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka.’ Maka bersabdalah baginda: ‘Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.
'

Cuba anda hayati riwayat di atas, sedangkan perbuatan Al-Aqra bin Habbas itu sudah dikatakan oleh Rasulullah s.a.m tidak dirahmati oleh Allah, inikan pula perbuatan manusia yang mempunyai anak tetapi tidak dihargainya. Jelas disini, perbuatan mereka yang tidak bermoral ini dimurkai oleh yang Esa. Betapa beratnya kekejaman ini tetapi hukumannya masih lagi tidak mampu menggantikan nyawa seorang bayi yang baru ingin mengenali dunia.


Pembunuh!!! Itu adalah ungkapan yang paling sesuai bagi seseorang yang tidak berperikemanusiaan dan menyebabkan kehilangan nyawa bayi tersebut. Apabila seorang bayi dibuang, risiko untuk bayi itu hidup lama adalah tipis. Bayi tersebut mungkin akan digigit oleh anjing liar, dipatuk oleh ular, dilonggokkan bersama-sama sampah ditapak pelupusan sampah atau mungkin yang lebih teruk dari itu. Apakah perasaan anda jika diri anda diperlakukan sebegitu?

Ya, mungkin bayi itu tidak mempunyai perasaan tetapi bagaimana pula bagi seorang bayi yang dijumpai selamat?Bagi yang bernasib baik mereka mungkin dibesarkan di dalam keluarga yang sempurna, tetapi bagaimana pula yang tidak? Kehidupan mereka akan menjadi akan menjadi murung tanpa sedikit kasih saying dari ibu bapa sejak mereka dilahirkan dan mereka tidak tahu langsung tentang asal usul mereka. Impaknya bayi itu mungkin akan mengalami tekanan emosi apabila dewasa atau mungkin lebih teruk lagi bayi itu akan menjadi sampah masyarakat kerana merasakan dirinya tidak berguna dan tidak setaraf dengan masyarakat sekelililing.

Ketika meningkat remaja, apa rasanya jika pada suatu hari, remaja tersebut mendapat tahu bahawa dia adalah anak pungut dari tong sampah, di tepi longkang, di dalam tandas, dan sebagainya? Dia mungkin akan kecewa, patah hati, dan menyisihkan diri dari masyarakat. Mungkin malu dengan status diri sendiri. Pada hakikatnya ini adalah salah ibu bapa mereka yang berperangai seperti binatang tetapi hidup aman dngan mngabaikan tanggungjawab mereka.



Di sini, kami ingin menegaskan bahawa kami tidak bersetuju dengan hukuman berat selama 20 tahun bagi kesalahan membuang bayi. Pada pendapat kami, hukuman yang setimpal adalah penjara seumur hidup serta gantung sampai mati (mandatori). Hukuman seperti ini adalah lebih layak bagi mereka yang tidak berperikemanusiaan ini. Remaja zaman sekarang terutamanya, cuba buka minda anda, berfikiran waras, serta membuat tindakan yang sewajarnya, kami yakin kes pembuangan bayi yang semakin meningkat ini dapat dikurangkan. Apa yang penting, dekatkan diri dengan yang Maha Esa dan teguhkan iman anda.

Tuesday, April 6, 2010

Rich Dad Poor Dad - Robert Kiyosaki




“The only difference between a rich person and poor person is how they use their time”. This is the quotation that had been quoted by Robert Kiyosaki which is the famous author of the book ‘Rich Dad Poor Dad’. This Hawaiian people could be the role model to all of the people around the world by delivering his thoughts and ideas through all the 15 books he had wrote. Proud of his family name Kiyosaki, Robert Toru Kiyosaki has act as a motivational speaker and self help author just to help people who technically has financial problem.

This 63 old man had made all of his books being on the top of the list all around the world. His very famous books are ‘Rich Dad Poor Dad’, ‘Cashflow Quadrant’ and ‘Rich Dad Guide to Investing’. Those books are largely sold in the bookstores and have got its place in people’s heart. The husband of Kim Kiyosaki was born on April 8, 1947 and known as Japanese American due to the marriage of his parent. The successfull of Robert Kiyosaki can clearly been seen after he graduated from his school. He joined Marine Corps and being the officer and helicopter gun pilot. During 1977, he had planned to runs a company which at last had led him to become an educator.


Besides having 15 books, he had also introduced a board game which called The Cashflow 101. This game had helped lots of people on how to manage financial matters during this modern era. It can be found online just for the people who wanted to manage their personal financial matter. However, the appearance of this Robert Kiyosaki name in the era happened when the book ‘Rich Dad, Poor Dad’ had sold widely all around the world.

He is the man with all the hardwork and effort to be the legend of the century. Thus, he had proved to the world that a human being could be whatever that we wanted as long as we have our own guts to change our life. So, as the conclusion Robert Kiyosaki is the man of the earth and the king of finance towards all of the people in this age.